Majlis Perhimpunan Penjawat Awam serta Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026

MAJLIS PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM & PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2026

​SHAH ALAM, 3 Ogos 2026 – YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS bersama-sama barisan Pengarah dan kakitangan MPHS telah hadir ke Majlis Perhimpunan Penjawat Awam serta Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam hari ini.
​Pada majlis tersebut, YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dalam amanatnya mengingatkan seluruh warga penjawat awam agar sentiasa memperkukuh integriti, meningkatkan mutu perkhidmatan, dan menerapkan budaya cemerlang dalam tugas harian.
Beliau turut menyeru semua pihak untuk bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan negara sepanjang Bulan Kebangsaan ini.
​Majlis tersebut turut diselitkan dengan gimik Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor 2026 sebagai simbol penyatuan dan komitmen warga kerja penjawat awam terhadap negara. Puan Julaihah telah mewakili MPHS bagi menerima penyerahan Jalur Gemilang daripada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Tuesday 04 August 2026, 01:59:10.
Total Visitors :
01329644