Majlis Ramah Mesra Penaja, Bapa Angkat SUKMA XXII serta Para SUKMA Selangor 2026

MAJLIS RAMAH MESRA PENAJA, BAPA ANGKAT SUKMA XXII SERTA PARA SUKMA SELANGOR 2026

SHAH ALAM, 6 JULAI 2026 – Puan Nurulhuda binti Khairuddin, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat telah hadir mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) ke Majlis Ramah Mesra Penaja, Bapa Angkat SUKMA XXII serta Para SUKMA Selangor 2026 bertempat di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor.
Turut hadir Dato’ Yazid, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA Selangor 2026, Pegawai-Pegawai Daerah, Datuk Bandar serta Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.
Dimaklumkan bahawa Hulu Selangor bakal menjadi antara lokasi penganjuran SUKMA XXII Selangor 2026 dengan penganjuran acara Bola Sepak Wanita yang akan berlangsung di Stadium Kuala Kubu Bharu.
Penglibatan ini membuktikan komitmen MPHS dalam menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan penganjuran SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 berlangsung dengan cemerlang, sekali gus memperkukuh peranan Hulu Selangor sebagai destinasi sukan dan komuniti yang berdaya saing.

 

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Tuesday 14 July 2026, 07:13:50.
Total Visitors :
01304840