Majlis Sambutan Kedatangan & Angkat Sumpah Menerima Jawatan YDP MPHS Baharu

MAJLIS SAMBUTAN KEDATANGAN DAN ANGKAT SUMPAH MENERIMA JAWATAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) BAHARU.

MPHS. 1 Ogos 2024 - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) yang baharu, Puan Julaihah binti Jamaludin selesai mengangkat sumpah jawatan Yang Dipertua dalam satu majlis yang berlangsung di Auditorium Dato' Abdul Hamid, Batang Kali dengan disaksikan oleh Timbalan Yang Dipertua MPHS, Tuan Awaluddin bin Zakaria bersama barisan Ketua Whip Ahli Majlis MPHS hari ini.

Dalam ucapannya, Puan Julaihah turut mengharapkan agar semua warga kerja MPHS bersama-sama meneruskan kecemerlangan dengan berkhidmat secara ikhlas dan mesra rakyat selaras dengan Dasar Mesra Rakyat yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Puan YDP juga berharap komunikasi secara dua hala dan tindakan yang kolektif dapat dilaksanakan bagi mencapai hasil yang positif serta memberi fokus kepada usaha kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat khususnya di Daerah Hulu Selangor.

Hadir sama pada majlis angkat sumpah berkenaan ialah Timbalan Yang Dipertua MPHS, Tuan Awaluddin bin Zakaria, Barisan Ahli Majlis, Pengarah dan Ketua Jabatan serta kakitangan MPHS.

Kami warga MPHS mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Puan Julaihah binti Jamaludin, YDP MPHS yang baharu dan MPHS akan lebih cemerlang dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

#MPHS2024

#MPHSGO

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#KitaSelangorMajuBersama

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00851791