Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS 2024)

MALAM ANUGERAH PLATFORM SELANGOR (MAPS 2024)

Subang Jaya, 12 Julai 2024 : Majlis Malam Anugerah Platform Selangor telah diadakan bertempat di Hotel Sunway Resort bagi menyampaikan anugerah kepada usahawan kecil micro sebagai tanda penghargaan.

Seramai 12 peserta telah terpilih untuk dinobatkan sebagai peserta terbaik berdasarkan pencapaian mereka sepanjang menjalani Program Latihan Pembangunan Usahawan Selangor (PLATS) mewakili 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam Negeri Selangor.

Program ini dirasmikan oleh YAB. Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari dan turut hadir Exco Kerajaan Negeri, Yang Dipertua dan Orang Besar Daerah di setiap PBT, serta Ahli Majlis.

Amirudin berkata, program seperti ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu golongan usahawan kecil ke arah memacu ekonomi digital.

Program ini juga perlu diteruskan dari masa ke semasa oleh kerana pertambahan jumlah penyertaan yang begitu drastik setiap tahun.

 

#DaripadaAndaUntukAnda

#majuperkasahasilsemua

#transformasikomunitiperbandaranharmoni

#huluselangorbandarrendahkarbon

#sustainabledevelopmentgoals

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Monday 15 July 2024, 09:59:48.
Total Visitors :
00794992