Mesyuarat Jawatankuasa FMM Hulu Selangor

Mesyuarat Jawatankuasa FMM Hulu Selangor yang pertama bagi tahun ini telah diadakan pada 14 April 2022 jam 2.30 petang bertempat di MTS Fibromat (M) Sdn. Bhd. Kawasan Perindustrian Zurah, Rasa. Mesyuarat ini adalah sebagai platform untuk FMM, PBT, pengilang/pelabur, & agensi-agensi yang terlibat untuk bertemu dan berbincang.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dato’ Kevin Lai Tak Kuan, Pengerusi FMM Hulu Selangor. Turut hadir, Ahli-Ahli Majlis kawasan perindustrian, Pengarah Jabatan Perancang MPHS, Wakil Invest Selangor, Ketua-Ketua Sektor IPMC, Ahli-Ahli FMM Hulu Selangor, & wakil-wakil pengilang/pelabur daerah Hulu Selangor.
Mesyuarat ini bertujuan membincang dan menyelesaikan masalah-masalah di kawasan perindustrian. Selain itu, bagi mendapatkan maklumat yang terkini daripada agensi-agensi yang terlibat. Mesyuarat pada kali ini memperkenalkan Pegawai Pelaburan Daerah Hulu Selangor iaitu TPr. Azlina Binti Mokhtar P.P.T, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPHS dan juga Ahli-ahli Majlis bagi Kawasan perindustrian kepada Ahli-ahli mesyuarat.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00852052