Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Taman Perusahaan (IPMC) Bil. 01/2025
Kuala Kubu Bharu, 20 Mei 2025 (Selasa) – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Taman Perusahaan (IPMC) Bil. 01/2025 bertempat di Dewan Mesyuarat Chiling, MPHS.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, bersama YBhg. Dato’ Kevin Lai Tak Kuan, Pengerusi FMM Hulu Selangor selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa IPMC MPHS. Turut hadir YAD Raja Dato' Muzaffar Raja Redzwa, Orang Besar Daerah, Ketua Whip Ahli Majlis MPHS.
Mesyuarat bertujuan untuk memperkasakan pengurusan sektor perindustrian di bawah pentadbiran MPHS serta menyelaras pelbagai isu dan keperluan yang dihadapi oleh pemain industri. Bagi memastikan pelaksanaan IPMC yang berkesan di Daerah Hulu Selangor, lima sektor utama telah diwujudkan:
Sektor 1: Bukit Beruntung & Bukit Sentosa
Sektor 2: Serendah & Sungai Choh
Sektor 3: Hulu Yam
Sektor 4: Rasa & Batang Kali
Sektor 5: Utara Hulu Selangor
Dalam mesyuarat ini, ketua-ketua sektor telah diberi ruang untuk mengemukakan isu-isu semasa, maklum balas serta cadangan penambahbaikan berkaitan pengoperasian dan pembangunan industri di sektor masing-masing.
Usaha ini diharapkan dapat menjadikan Jawatankuasa IPMC MPHS sebagai platform strategik dan efektif dalam memperkukuh hubungan antara MPHS, agensi kerajaan serta para pelabur, seterusnya menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sektor industri di Daerah Hulu Selangor.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon