MESYUARAT PENYELARASAN INDUK SEKRETARIAT SUKMA 2026
PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR
Kuala Kubu Bharu, 19 Januari 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Induk Sekretariat Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 Peringkat Daerah Hulu Selangor bagi persediaan Venue Acara Bola Sepak Wanita, yang dijadualkan berlangsung pada Ogos 2026.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS dan dihadiri oleh wakil jabatan dalaman MPHS serta agensi berkaitan. Pembentangan status persiapan dan penyelarasan penganjuran telah disampaikan oleh Encik Ahmad Lutfi bin Mohd Sam, manakala peranan serta skop kerja jabatan dan agensi sokongan dibentangkan oleh Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin.
Mesyuarat ini menekankan kepentingan kerjasama strategik, penyelarasan bersepadu serta pematuhan garis panduan bagi memastikan Daerah Hulu Selangor bersedia sepenuhnya sebagai tuan rumah Acara Bola Sepak Wanita SUKMA Selangor 2026
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPHS
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















