MPHS beri Taklimat Pembangunan Daerah kepada YB ADUN KKB

MPHS BERI TAKLIMAT PEMBANGUNAN DAERAH KEPADA YB ADUN KKB

KUALA KUBU BHARU, 28 Ogos 2024: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengadakan satu sesi taklimat berkenaan Pembangunan Daerah Hulu Selangor Bersama YB Pang Sok Tao, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kuala Kubu Bharu, semalam.

Pertemuaan yang berlangsung selama 2 jam itu membentangkan beberapa projek Pembangunan yang sedang rancak berlaku di daerah ini terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu dengan turut dihadiri pengarah-pengarah Jabatan MPHS.

Antara taklimat yang disampaikan adalah berkaitan Pasar Awam KKB, Pasar Awam Rasa, Gerai di Jalan Abdul Hamid KKB dan Tandas Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) serta pintar.

Sesi taklimat yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua MPHS, Julaihah Jamaludin itu turut menjadi ruang diskusi untuk berbincang berkaitan isu-isu dan masalah yang berlaku di kawasan sekitar.

Pertemuan ini diharapkan dapat menghasilkan kerjasama yang baik di antara MPHS dan wakil rakyat dalam bersama-sama membangunkan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk daerah ini.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 30 August 2024, 09:20:17.
Total Visitors :
00831357