MPHS Berjaya Mengumpul 249.20 Kilogram Minyak Masak Terpakai Sempena Program Pengumpulan E-Waste JAS Selangor
BUKIT BERUNTUNG, 22 NOVEMBER 2025 – Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), JPSPPA, MPHS telah berjaya mengumpul sebanyak 249.20 kilogram minyak masak terpakai melalui penyertaan dalam Program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik dan Elektronik anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersempena Hari Alam Sekitar Negara 2025 Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di SK Taman Bunga Raya 1.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada Syarikat TM Enviro dan MSM Prai. Turut hadir, Puan Nor Hayati binti Muhamad Idris, Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan, Jabatan Alam Sekitar.
Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah menyokong pelaksanaan Dasar Ekonomi Kitaran Negara serta memperkukuh komitmen MPHS terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terutamanya SDG 11: Bandar dan Komuniti Lestari, SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab, dan SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim.
Penyertaan MPHS dalam program ini sekali lagi mencerminkan komitmen berterusan pihak majlis dalam memperkukuh amalan kitar semula serta pengurusan sisa yang mampan dalam kalangan komuniti setempat. Usaha ini bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, malah memperkasa budaya tanggungjawab bersama dalam menjaga kelestarian alam sekitar. Dengan sokongan padu semua pihak, Hulu Selangor diyakini mampu terus berkembang sebagai sebuah daerah yang lestari dan berdaya huni.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















