MPHS Kukuh Komitmen Kelestarian Melalui Program E-Waste bersama ERTH

 

MPHS Kukuh Komitmen Kelestarian Melalui Program E-Waste bersama ERTH

CYBERJAYA, 11 September 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melalui Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), JPSPPA, MPHS terus melangkah ke hadapan dalam usaha kelestarian dengan menyerahkan sisa elektronik (e-waste) ke Ibu Pejabat Electronic Recycling Through Heroes (ERTH) di Cyberjaya, hari ini.

Sebanyak 300 kilogram e-waste, merangkumi 122 unit barangan elektrik dan elektronik, telah berjaya dikumpulkan melalui enam siri Program SIDINA E-Waste anjuran KesKom. Penyerahan ini diketuai oleh Cik Nurliana Amieza, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Bahagian KesKom, JPSPPA MPHS yang memastikan program berjalan lancar dengan sokongan penuh komuniti setempat.

Usaha ini bukan sahaja mengurangkan pencemaran akibat pembuangan e-waste secara tidak terkawal, malah menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030, termasuk Bandar dan Komuniti Mampan, Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab serta Tindakan terhadap Perubahan Iklim.

MPHS komited untuk terus memperluas program e-waste dan meningkatkan kesedaran masyarakat, selaras dengan aspirasi Hulu Selangor sebagai Bandar Rendah Karbon menjelang 2030.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#KesKom

 

 

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 12 September 2025, 09:17:50.
Total Visitors :
01069617