MPHS PBT Pertama Menganjurkan Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM)

MPHS PBT PERTAMA MENGANJURKAN PROGRAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERASASKAN KOMUNITI (CBDRM).

MPHS, 22 November 2025. Program Risiko Bencana Berasaskan Komuniti merupakan pendekatan MPHS sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang memainkan peranan penting dalam memastikan komuniti diberi maklumat, latihan dan sumber yang mencukupi jika berlakunya bencana.

Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS dalam ucapan perasmian beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program penting ini khususnya pihak Persatuan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADIM) NADIM Malaysia, Jabatan dan Agensi Kerajaan, Ahli Majlis, Jawatankuasa Penduduk, JMB, MC dalam memastikan kesiapsiagaan komuniti untuk menguruskan sesuatu bencana.

Beliau juga turut menyeru semua pengerusi persatuan penduduk serta pertubuhan masyarakat untuk terus menjadi rakan strategik kepada MPHS dalam memperkukuh pengurusan risiko bencana di kawasan masing-masing. Setiap individu perlu menjadi mata dan telinga kepada MPHS dalam mengenalpasti tanda awal sesuatu bahaya.

Program ini juga turut menyokong agenda matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 11 Bandar dan Komuniti Mampan (Sustainable Cities and Communities) yang menyasarkan mengurangkan impak bencana, termasuk kehilangan nyawa, ekonomi, dan infrastruktur, serta mengukuhkan perancangan bandar dan komuniti untuk ketahanan bencana. Selain itu, matlamat SDG 13 iaitu Tindakan Memerangi Perubahan Iklim (Climate Action) yang menyasarkan untuk memperkukuh daya tahan terhadap bahaya iklim dan bencana dan meningkatkan kesedaran dan pendidikan mengenai adaptasi perubahan iklim.

Majlis penutup pada sebelah petang telah disempurnakan oleh Tuan Puvanesvaran a/l Patchimuthu, Ketua Whip Ahli Majlis MPHS serta penyampaian sijil kepada semua peserta yang berjaya menamatkan Program Risiko Bencana Berasaskan Komuniti ini.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Monday 24 November 2025, 02:17:55.
Total Visitors :
01112527