MPHS Perkasa Budaya Inovasi di Seminar Inovasi Perkhidmatan Awam (SIPA) 2025

MPHS PERKASA BUDAYA INOVASI DI SEMINAR INOVASI PERKHIDMATAN AWAM (SIPA) 2025

SHAH ALAM, 19 Nov 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) terus komited memperkukuh budaya inovasi organisasi melalui penyertaan dalam Seminar Inovasi Perkhidmatan Awam (SIPA) 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula 18 hingga 19 November 2025 bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam.

Seminar anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), YBhg. Datuk Dr. Mohd Bakhari bin Ismail.

MPHS mempamerkan dua inovasi melalui Kumpulan Nova Tech serta Kumpulan Aspire dengan produk MPHS Go dan Sistem Penguatkuasaan Bersepadu (SPKB).

Penyertaan MPHS dalam SIPA 2025 bukan sahaja mencerminkan usaha berterusan dalam memacu transformasi digital, malah memperlihatkan kesungguhan untuk terus berdaya saing dan relevan dalam ekosistem perkhidmatan awam negara.

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Monday 24 November 2025, 02:17:55.
Total Visitors :
01112508