MPHS Sertai Selangor Marathon (SELMAR) 2025 di Litar Antarabangsa Sepang!
Sepang, 3 Ogos 2025 - MPHS telah menyertai Selangor Marathon (SELMAR).
Lebih 7,000 peserta dari 11 negara telah menyertai Selangor Marathon 2025 (SELMAR) sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025), yang berlangsung meriah di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pagi tadi.
Turut serta mewakili Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) ialah:
- Puan Julaihah binti Jamaludin – kategori 5km
- Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin – kategori 5km
- wakil MPHS – kategori 42 km, 21 km dan 5km.
Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh:
- YBrs. Dr. Hajah Ani binti Ahmad (YDP MPSepang)
- Tuan Azhan Shafriman Hanif (CEO SIC)
- Chua Yee Ling (CEO Tourism Selangor)
- Dato’ Ng Suee Lim (EXCO Pelancongan Selangor)
SELMAR menawarkan lima kategori menarik:
42km | 21km | 10km | 5km | Kids Dash
Penyertaan MPHS dalam program ini mencerminkan sokongan terhadap gaya hidup sihat dan pembangunan sukan pelancongan di Selangor. Semoga usaha sebegini dapat diteruskan demi membina komuniti yang lebih aktif, sihat dan bersatu.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon