MPHS Seru Semarakkan Bulan Kemerdekaan

MPHS SERU SEMARAKKAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang bersempena Bulan Kemerdekaan yang ke-66 telah disambut oleh warga kerja Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bertempat di perkarangan Ibu Pejabat MPHS pada 1 Ogos 2023.

Bertemakan Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, majlis ini dianjurkan bagi menzahirkan rasa kecintaan kepada negara dan menghayati makna kemerdekaan serta mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan rakyat yang mempunyai jati diri dan integriti.

Majlis dimulakan dengan istiadat pemasangan jalur gemilang oleh anggota penguatkuasa MPHS sebagai simbolik pemasangan bendera di bangunan MPHS dengan disaksikan oleh 100 kakitangan MPHS.

Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPHS, Tuan Mohd Hasry Nor Mohd, bersama -sama Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa, Timbalan Yang Dipertua MPHS, Tuan Awaluddin bin Zakaria, dan Ahli Majlis MPHS, Puan Law Suet Peng.

Bagi memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan, Tuan YDP turut membuat serahan bendera kepada setiap jabatan MPHS dengan diwakili oleh pengarah dan ketua jabatan untuk dipasang di setiap jabatan.

Beberapa kenderaan jabatan MPHS turut dipasang Jalur Gemilang sebagai simbolik kepada Kempen Kibarkan Jalur Gemilang. Diharapkan dengan simbolik ini dapat menaikkan semangat warga Hulu Selangor untuk turut bersama-sama memeriahkan sambutan kemerdekaan pada tahun ini.

Bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan ini, pihak majlis telah merancang beberapa aktiviti yang akan dianjurkan seperti:

i. Pertandingan Hiasan Kemerdekaan

ii. Pertandingan Masakan 14 Negeri

iii. Pertandingan Poster “Sama Tapi Bukan Dia”

iv. Sambutan Bulan Kemerdekaan & Hari Tanpa Kenderaan

YDP MPHS menyeru kepada seluruh warga Hulu Selangor untuk tunjukkan rasa bangga dan cintakan tanah air dengan memasang bendera di pejabat, kilang, rumah kedai, rumah ibadat, sekolah dan kediaman masing-masing dengan cara betul dan tidak menggunakan Jalur Gemilang yang lusuh serta koyak.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

#DaripadaAndaUntukAnda

#majuperkasahasilsemua

#huluselangorbandarrendahkarbon

#sustainabledevelopmentgoals

#transformasikomunitiperbandaranharmoni

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00851791