MPHS Sita Gerai Penjaja

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita barang-barang penjaja yang ditinggalkan di tempat awam di dalam satu operasi pada hari ini (30/6/2022) di sekitar Jalan Meranti, Bandar Baru Batang Kali.
 
Seramai 28 anggota operasi terdiri daripada 26 anggota penguatkuasa dan 2 anggota daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) telah terlibat di dalam operasi tersebut. Operasi dijalankan setelah didapati penjaja-penjaja di kawasan ini telah gagal mematuhi notis yang dikeluarkan kepada mereka sebelum ini.
 
Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, MPHS telah mengeluarkan notis awal kepada penjaja pada Februari dan Jun lalu agar tidak meninggalkan barang-barang perniagaan selepas tamat waktu operasi. Namun, didapati para penjaja masih gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan sehingga menyebabkan tindakan sitaan diambil.
 
Katanya lagi, penjaja yang mempunyai lesen penjaja yang dikeluarkan oleh MPHS perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Tindakan ini dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan MPHS dan pemantauan serta tindakan seumpama ini akan diteruskan dari masa ke masa.
 
Di dalam operasi tersebut, sebanyak 4 gerai telah disita dan tindakan sitaan ini telah dilaksanakan di bawah sek. 46(1)(a), dan 46(3), Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 iaitu meletakkan sesuatu apa-apa himpunan di tempat awam.
Menurutnya lagi, peniaga di Ingatkan agar sentiasa mematuhi syarat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas mereka.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00852052