Kuala Kubu Bharu, 21 Januari 2026 (Rabu)- Unit Integriti Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah melaksanakan ujian saringan air kencing (urine test) ke atas 150 kakitangan MPHS.
Pelaksanaan program ini merupakan salah satu langkah dan usaha berterusan MPHS dalam memantapkan budaya kerja yang bebas daripada penyalahgunaan dadah, di samping memastikan persekitaran organisasi sentiasa selamat, sihat dan produktif.
Proses saringan telah dikendalikan oleh Pegawai-pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor, yang diketuai oleh Encik Kazlisahfizan bin Kapis, Penolong Pegawai Antidadah Daerah Hulu Selangor.
Unit Integriti MPHS akan terus melaksanakan program saringan seumpama ini dari semasa ke semasa sebagai komitmen berterusan dalam memastikan warga kerja MPHS sentiasa bebas dadah, berintegriti tinggi serta berdaya saing.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















