MPHS Terima Penghargaan Bandar Mampan Terbaik 2022

MPHS TERIMA PENGHARGAAN BANDAR MAMPAN TERBAIK 2022
Tahniah seluruh warga Hulu Selangor
Bersempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunian (HPBS) 2022 yang dianjurkan oleh PLANMalaysia Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertempat di Marriot Hotel Putrajaya, Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menerima Tempat Kedua bagi Penghargaan Bandar Mampan Terbaik 2022 (Kategori Perbandaran). Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh Ybhg. Datuk M Noor Azman bin Talib, Ketua Setiausaha KPKT kepada Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Anugerah ini adalah berdasarkan kepada Pencapaian Diperingkat PBT Malaysia Bagi Program Pengukuran Bandar Mampan Malaysia melalui MURNInets yang dilaksanakan oleh PLANMalaysia. MPHS komited dalam menjadikan Daerah Hulu Selangor sebagai Daerah Mampan dan Berdayahuni.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 09 January 2026, 07:25:52.
Total Visitors :
01149337