MPHS Terima Pengiktirafan ‘Pinnacle Award’ Sempena Penganjuran Geoinnovation Malaysia Award 2025

Kuala Lumpur, 22 Januari 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) buat julung kalinya telah menerima pengiktirafan ‘Pinnacle Award’ sempena penganjuran GeoInnovation Malaysia Award 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) hari ini.

Majlis berprestij anjuran Esri Malaysia itu menghimpunkan pemimpin sektor awam dan swasta bagi mengiktiraf organisasi yang cemerlang dalam penggunaan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam meningkatkan tadbir urus, perancangan bandar dan penyampaian perkhidmatan awam dan swasta.

Anugerah telah disempurnakan oleh Ybhg. Mr. Leslie Wong, Managing Director Esri South Asia dan Ybhg. Mr CS Tan, Chief Executive Officer Esri Malaysia. Hadir menerima anugerah tersebut Ybrs. Encik Shaiful Rizza bin Haji Piamin, Penolong Setiausaha MPHS. Turut hadir Ybrs. TPr Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Encik Mohamad Ramdan Ibrahim, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat serta Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat serta pasukan penyelaras GIS MPHS.

Dalam majlis yang sama, MPHS juga telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang teknologi dan inovasi GIS. Pembetangan telah disampaikan oleh Ybrs. TPr Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar yang berkongsi berkaitan amalan terbaik MPHS di dalam pelaksanaan sistem EIS MPHS bagi menyokong perancangan bandar, pengurusan perbandaran dan membuat keputusan berasaskan data spatial.

Pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada MPHS untuk terus memanfaatkan teknologi GIS dalam menyokong agenda pembangunan mampan, perancangan bandar lestari serta peningkatan kualiti perkhidmatan kepada komuniti setempat.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Monday 26 January 2026, 08:37:04.
Total Visitors :
01167136