OBD Hulu Selangor Selesai Angkat Sumpah Ahli Majlis MPHS Lantikan Baharu bagi Penggal Tahun 2026-2027

OBD HULU SELANGOR SELESAI ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS MPHS LANTIKAN BAHARU BAGI PENGGAL TAHUN 2026-2027.

Kuala Kubu Bharu, 15 Januari 2026 (Khamis)– Yang Amat Dihormati Engku Orang Kaya Mahabijaya Hulu Selangor,Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah (OBD) Hulu Selangor, telah selesai mengangkat sumpah hari ini sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi penggal 2026–2027.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAD Engku Orang Kaya Mahabijaya Hulu Selangor atas pelantikan ini dan mendoakan agar amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan cemerlang demi memperkasa tadbir urus serta pembangunan daerah Hulu Selangor, khususnya dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti terus dipertingkat.

Upacara angkat sumpah tersebut telah disempurnakan di hadapan YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS.

Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua, barisan Ahli Majlis, serta Pengarah-pengarah Jabatan dan Ketua-ketua Bahagian MPHS.

Dengan sempurnanya upacara angkat sumpah ini, maka jumlah Ahli Majlis MPHS kini lengkap seramai 25 orang bagi penggal 2026–2027.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor #IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Thursday 22 January 2026, 09:35:16.
Total Visitors :
01164309