Operasi bersepadu ke atas kolam ternakan ikan tanpa kebenaran

MPHS bersama PDRM, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Pejabat Daerah/ Tanah Hulu Selangor telah melakukan operasi bersepadu ke atas kolam ternakan ikan tanpa kebenaran di Ternakan ikan Fai Hoe Sdn. Bhd. pada 13 Januari 2022.

MPHS melalui Jabatan Perancang telah mengeluarkan Notis Amaran Memanggil Supaya Mengemukakan Kebenaran Merancang (14 hari). Manakala Jabatan Bangunan telah mengeluarkan 4 tawaran kompaun Sek 70 (1) Akta 133, notis amaran (membina stuktur bangunan tanpa kebenaran. 2 tawaran kompaun turut dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Tred melalui Jabatan Penguatkuasaan serta tawaran kompaun di bawah Sek 70(1) Akta 133, menjalankan kerja tanah tanpa kebenaran daripada Jabatan Kejuruteraan.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00851791