Perasmian Wisma Endowmen dan Pejabat Cawangan Baharu MPHS
Bukit Beruntung, 5 Ogos 2024. Majlis perasmian Wisma Endowmen, yang terletak di Jalan Pakma, Bukit Beruntung telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Hasry Bin Nor Mohd selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Tabung Endowmen MPHS, manakala perasmian pejabat cawangan baharu pula telah disempurnakan oleh Puan Julaihah Binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS. Kedua-dua majlis bersejarah ini turut disaksikan oleh YAD Raja Dato' Muzaffar Bin Raja Redzwa selaku Ahli Majlis MPHS dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Endowmen MPHS.
Bangunan Wisma Endowmen ini adalah salah satu dari instrumen pelaburan Tabung Endowmen MPHS yang mana ianya menjana hasil sewaan untuk disalurkan kepada penerima manfaat yang selari dengan agenda pembangunan mampan terutama bagi SDG1 (sifar kemiskinan) SDG2 (sifar kemiskinan) dan SDG4 (pendidikan berkualiti).
Tabung Endowmen Mphs mengucapkan terima kasih kepada para penyewanya yang terdiri dari MSU Fraser Global Valley, Chatime, dan kedai cermin mata MySight. Wisma Endowmen ini juga turut disewakan kepada pejabat cawangan MPHS yang menempatkan Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Penguatkuasaan serta kaunter kutipan MPHS.
Endowmen Mphs merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang tabung endowmen yang turut sama berganding bahu bagi menjadikan daerah Hulu Selangor ini dapat mencapai matlamat pembangunan mampan yang diidamkan dan terus berharap supaya tabung ini dapat disuburkan lagi agar lebih banyak manfaat dapat diberikan kepada masyarakat Hulu Selangor.