Pelaksanaan untuk Perintah Menangkap Penghutang Penghakiman bagi Kes Tunggakan Sewaan

PELAKSANAAN UNTUK PERINTAH MENANGKAP PENGHUTANG PENGHAKIMAN BAGI KES TUNGGAKAN SEWAAN

Operasi pelaksanaan untuk perintah menangkap penghutang penghakiman bagi kes tunggakan sewaan telah dijalankan pada 05 Julai 2023, lebih kurang jam 10.45 pagi bertempat di rumah kediaman penyewa di Bukit Sentosa.

Tindakan pelaksanaan ini telah dijalankan yang diketuai oleh bailif Mahkamah dan dihadiri bersama panel peguam, Bahagian Perundangan MPHS serta Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPHS.

Tindakan pelaksanaan untuk menangkap penyewa ini dijalankan kerana penyewa gagal hadir ke Mahkamah pada 17 Februari 2023 bagi tuntutan Saman Penghutang Penghakiman untuk tunggakan sewaan premis milikan MPHS. Penyewa telah dibawa oleh bailif Mahkamah untuk dihadapkan ke hadapan Majistret, Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut.

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu telah memerintahkan penyewa untuk membuat pembayaran mulai Julai 2023. Kegagalan penyewa mematuhi perintah ini membolehkan hukuman penjara dilaksanakan.

Tindakan ini telah diambil oleh MPHS sebagai peringatan dan pengajaran kepada semua penyewa-penyewa premis milikan Majlis agar menjelaskan bayaran sewaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian sewaan.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00851791