Penilaian Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Peringkat Daerah Hulu Selangor 2025
22 Mei 2025, Kuala Kubu Bharu - Sesi Penilaian Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Peringkat Daerah Hulu Selangor bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya, menampilkan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada pelbagai kategori.
Sebanyak 16 penyertaan telah direkodkan, terdiri daripada:
9 penyertaan– Sektor Awam
5 penyertaan – Kategori Sekolah
1 penyertaan – Sektor Swasta
1 penyertaan – Kategori Akar Umbi
Kesemua penyertaan telah dinilai oleh panel profesional daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang berpengalaman luas dalam bidang inovasi:
1. Puan Nurmala binti Saaman
2. Puan Asilatulsyila binti Ahmad Shukari
3. Tc. Encik Norhisham bin Mamat @ Zakaria
Diharapkan para peserta yang berjaya akan melangkah ke peringkat penilaian akhir yang dijadualkan pada Julai 2025.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat atas dedikasi dan komitmen dalam memperkasa budaya inovasi di daerah Hulu Selangor!
#HuluSelangorBandarRendahKarbon