Majlis Angkat Sumpah Jawatan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor
MPHS, 4 Ogos 2025 (Isnin). Upacara Angkat Sumpah sebagai Timbalan Yang Dipertua telah dibuat oleh YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
YBrs. Puan Dewi Dirwana telah melafazkan ikrar pengakuan penerimaan jawatan diikuti Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 di hadapan YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS di Bilik Mesyuarat Chiling petang tadi.
Turut hadir YAD Engku Orang Kaya Mahabijaya Hulu Selangor Raja Dato' Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Tuan Shaiful Rizza bin Haji Piamin, Penolong Setiausaha merangkap Pengarah Perbendaharaan bersama Ketua-ketua Whip, barisan Ahli Majlis, Pengarah Jabatan, Ketua Bahagian dan Unit MPHS.
Tahniah dan selamat bertugas diucapkan.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon