Penyampaian pek Sarapan Percuma Tabung Endowmen MPHS kepada pelajar sekolah Hulu Selangor

Penyampaian pek Sarapan Percuma Tabung Endowmen MPHS kepada pelajar sekolah Hulu Selangor

Kuala Kubu Bharu, 1 Ogos 2025 – Inisiatif prihatin Tabung Endowmen Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) diteruskan dengan penganjuran Program Sarapan Percuma (PSP) kepada pelajar SMK Bukit Sentosa (30/07/2025), SK Bukit Sentosa (31/07/2025) dan SMK Sungai Choh (01/08/2025).

Sebanyak 3142 pek sarapan percuma telah diagihkan pada minggu ini kepada murid-murid seawal jam 6.30 pagi, dengan matlamat untuk memastikan mereka memulakan hari persekolahan dalam keadaan kenyang, sihat dan bersedia untuk belajar.

Program pada minggu ini turut dihadiri oleh Puan Yang Dipertua MPHS Pn. Julaihah Binti Jamaludin, Pengarah Perbendaharaan Merangkap Penolong Setiausaha Mphs, En. Shaiful Rizza Bin Hj Piamin dan Ahli majlis Zon 19 En. Fuad Bin Ahmad Naravi yang hadir sama-sama memberikan sokongan dan sarapan percuma kepada para pelajar

Puan Yang dipertua MPHS dan team Endowmen MPHS juga turut mengikuti program bacaan Yasin yang telah diadakan oleh pihak SMK Sungai Choh bersama-sama para pelajar dan guru-guru SMK Sungai Choh disamping menyampaikan pek sarapan percuma kepada para pelajar.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyumbang ke dalam Tabung Endowmen MPHS, bagi memastikan lebih ramai pelajar mendapat manfaat makanan sihat dan peluang pendidikan yang lebih seimbang.

#MPHSPrihatin #EndowmenMPHS #SDGMalaysia #SarapanUntukAnakKita #JomSumbang #KomunitiSejahtera #PendidikanBerkualiti #MPHSGO

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Thursday 14 August 2025, 07:00:27.
Total Visitors :
01048504

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015