Perbincangan Bagi Penyelarasan Pembangunan di Genting Highlands Melibatkan Kawasan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Majlis Perbandaran Bentong

Perbincangan Bagi Penyelarasan Pembangunan di Genting Highlands Melibatkan Kawasan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Majlis Perbandaran Bentong
Tarikh : 23 Februari 2023
Perbincangan dua hala ini diadakan bagi menyelaras pembangunan di Genting Highlands melibatkan hal-hal berkaitan piawaian perancangan, aspek-aspek teknikal dan pengurusan. Ianya bagi memastikan pembangunan yang berlaku adalah seimbang di antara kedua-dua daerah iaitu Hulu Selangor dan Bentong.
Sesi perbincangan dipengerusikan bersama oleh Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Puan Noorul Nazreen Binti Nordin, Setiausaha MAJLIS PERBANDARAN BENTONG . Deligasi MPHS disertai oleh Timbalan Yang Dipertua, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPHS , Pengarah Jabatan Kejuruteraan dan Pengarah Jabatan Bangunan manakala deligasi MP Bentong disertai oleh Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Pengarah Jabatan Bangunan dan Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta.
Turut serta di dalam perbincangan adalah TPr. Khairulzaman bin Ibrahim, Pengarah PLANMalaysia Selangor, dan TPr Rozdiana binti Mohd Rosmi, Ketua Penolong Pengarah, PLANMalaysia@Selangor serta Encik Mohd Adiff bin Abidin, Penolong Pengarah PLANMalaysia Pahang

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00852052