Perbincangan Kerjasama Pembangunan Inovasi Program SIDINA di IKBN Peretak

Perbincangan Kerjasama Pembangunan Inovasi Program SIDINA di IKBN Peretak

Kuala Kubu Bharu, 21 November 2024 – Satu perbincangan telah berlangsung antara Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak bagi membangunkan inovasi dalam Program SIDINA (Sisa Jadi Dana). Program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan ekonomi kitaran, khususnya melalui penggunaan semula sisa tekstil.

Perbincangan yang diadakan dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini melibatkan seramai 10 wakil daripada IKBN, termasuk Pengarah IKBN, Ketua Jabatan, pensyarah Teknologi Fesyen dan Pakaian, serta wakil dari Jabatan Teknologi Kosmetologi, Teknologi Hospitaliti, dan Cawangan Hubungan Industri.

Topik utama yang dibincangkan termasuklah potensi sisa tekstil untuk menjana pendapatan, rangka kerja Program SIDINA dan pembentukan kumpulan inovasi.

Kerjasama strategik ini diharap dapat menyokong Dasar Ekonomi Kitaran Negara serta menyediakan peluang kepada komuniti, khususnya golongan B40, untuk menjana pendapatan melalui inisiatif inovatif ini.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01203297