Peringkat Akhir Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT 2024-2025

Johor Bahru, 23 April 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menyertai peringkat akhir Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT 2024-2025 yang berlangsung di Dewan Kenanga, Majlis Bandaraya Johor Bahru. Sebanyak 30 kumpulan dari pelbagai pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Malaysia mengambil bahagian dalam peringkat akhir pertandingan ini.

Dua kumpulan inovasi MPHS yang layak ke peringkat akhir adalah Kumpulan Nova Tech dan Kumpulan ASPIRE. Kumpulan Nova Tech telah membentangkan inovasi bertajuk MPHS GO 3.0, manakala Kumpulan ASPIRE pula membentangkan inovasi Sistem Penguatkuasaan Kompaun Bersepadu (SPKB) 2.0. Pada sebelah malamnya, sesi penilaian bagi reruai setiap kumpulan yang bertanding turut diadakan.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 09 January 2026, 07:25:52.
Total Visitors :
01149677