Pertandingan Rekabentuk Landskap Dataran Kuala Kubu Bharu

PERTANDINGAN REKABENTUK LANDSKAP DATARAN KUALA KUBU BHARU
Pertandingan yang telah dijalankan pada 09 April 2022 sempena Bulan Senibina Landskap Sedunia (WLAM) 2022 dan penyertaan telah ditutup pada 29 April 2022. Seramai 9 penyertaan dari pelajar-pelajar IPTA iaitu: Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Kolej Vokasional dan Teknikal Rembau.
Keputusan Pertandingan Rekabentuk Landskap Dataran Kuala Kubu Bharu telah dijuarai hadiah utama oleh pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) iaitu Ahmad Faruq bin Mohd Rizam dan Amir Zaquan bin Mohd Zarawi dengan hadiah tunai Rm1,000.00 dan sijil penyertaan.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Awaluddin bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS kepada pemenang iaitu Ahmad Faruq bin Mohd Rizam, Amir Zaquan bin Mohd Zarawi dan pensyarah iringan, Asst. Prof. LAr. Dr. Putri Haryati binti Ibrahim.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 09 January 2026, 07:25:52.
Total Visitors :
01149337