Program Anugerah Istimewa 2025

Program Anugerah Istimewa 2025

Tarikh: 17 Julai 2025

Tempat: Zoo Negara, Kuala Lumpur

Alhamdulillah, Program Anugerah Istimewa 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya

Tujuan program ini adalah untuk meraikan komuniti istimewa dan menghargai sumbangan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di Hulu Selangor dalam membangunkan potensi golongan OKU. Ia juga menjadi platform untuk mengukuhkan jalinan antara agensi, pemimpin komuniti dan penerima manfaat.

Seramai 118 peserta terdiri daripada 9 PPDK di Hulu Selangor telah menyertai program ini yang penuh ceria di Zoo Negara!

Aktiviti menarik sepanjang program:

  • Lawatan ke Animazing World dan Cavepedia
  • Tram ride mengelilingi Tasik Tunku Abdul Rahman
  • Pertunjukan haiwan
  • Lawatan ke bahagian akuarium

Sesi penyerahan sumbangan kepada 9 PPDK Hulu Selangor turut diadakan sebagai tanda sokongan berterusan terhadap usaha murni mereka.

Lebih istimewa lagi, seramai 7 orang Ahli Majlis turut hadir meluangkan masa bersama peserta, serta memberikan semangat dan sokongan kepada komuniti istimewa ini. Turut hadir memeriahkan program ialah Puan Nurulhuda Ahmad, yang juga sentiasa komited dalam menyantuni golongan OKU dan komuniti.

Program ini bukan sekadar lawatan, tetapi satu pengiktirafan, penghargaan dan ruang menyemai kasih sayang dalam masyarakat. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program bermakna ini.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Wednesday 23 July 2025, 09:20:22.
Total Visitors :
01031496

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015