Program Anugerah Istimewa Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2024

PROGRAM ANUGERAH ISTIMEWA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 2024

KUALA LUMPUR, 17 Julai 2024 : Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menyantuni anak-anak istimewa dengan kerjasama dari sembilan (9) Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Hulu Selangor di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam.

Program yang berkonsepkan “Playing Tourist” di Muzium Haiwan dan Sains yang bertempat AQUARIA KLCC dan PETROSAINS memberikan keterujaan kepada anak–anak istimewa tersebut selain turut meraikan guru-guru pengiring PPDK Hulu Selangor.

Ahli Majlis MPHS Puan Saripah binti Bakar berkata, program yang dilaksanakan merupakan acara tahunan anjuran MPHS dalam menghargai dan memberi pendedahan kepada anak-anak istimewa sekaligus memberi pengetahuan kepada masyarakat bahawa anak-anak berkeperluan khas ini tidak sepatutnya hanya berada di rumah serta perlu diberi peluang untuk menjalani kehidupan normal.

Program turut disertai oleh Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat MPHS, Pn. Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin bersama-sama 6 orang Ahli Majlis MPHS yang lain iaitu, Pn.Saripah binti Bakar, En. Chinniah A/L Subramaniaum, En. Aylwin Chan Wai Tuck, Tuan Syed Hidayat bin Syed Hassan, Pn. Wong Sheau Mei dan En. A.Durai Anbalagan A/L Ayyakanama.

Secara keseluruhan, program ini telah melibatkan 120 orang peserta termasuk Ahli Majlis MPHS, guru pengiring dari setiap PPDK Hulu Selangor serta kakitangan MPHS sendiri.

Program tamat pada jam 6:00 petang dan diiringi dengan sesi bergambar di perkarangan KLCC.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#MPHSGO

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00851791