Program Discovery of Local Community Host in Selangor ke Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling

1  · 

HULU SELANGOR: Seramai 65 orang peserta daripada kalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Pelancongan setiap negeri telah menyertai Program Discovery of Local Community Host in Selangor di sini, semalam.

Program yang bermula dengan lawatan ke Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling, lawatan ke Street Art & Heritage Walk KKB dan Galeri Sejarah Kuala Kubu Bharu dan seterusnya makan malam di Rumah Bonda Rozita di Batang Kali.

Turut hadir bersama iaitu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Puan Julaihah binti Jamaludin diiringi oleh Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat, Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin dan Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Puan Azlina binti Mokhtar.

Program Discovery of Local Community Host in Selangor ini merupakan kerjasama antara MPHS, Tourism Selangor, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada agensi yang mewakili setiap negeri serta mempelajari pelancongan berasaskan komuniti di Negeri Selangor iaitu melalui program Hos Komuniti Setempat Selangor (HKSS).

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Thursday 05 March 2026, 02:02:19.
Total Visitors :
01202770