Program Iftar Terbuka Sempena Sambutan Bulan World Landscape Architecture Month (WLAM)

Sempena Sambutan Bulan World Landscape Architecture Month (WLAM) yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Jabatan Landskap MPHS telah mengadakan Program Iftar Terbuka bertempat di Taman Awam Jenjarum, Bukit Beruntung.

Pelbagai juadah iftar disediakan secara percuma kepada komuniti Hulu Selangor yang hadir seperti kurma, kuih-muih dan nasi lemak sebagai juadah berbuka puasa.

Selain daripada iftar, tazkirah Ramadan juga turut disampaikan oleh penceramah jemputan. Kira-kira seramai 150 org yg terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan keluarga hadir bagi memeriahkan program ini.

Turut hadir Tuan Awaluddin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS, YDM Raja Dato’ Muzaffar Bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor ,Ahli – Ahli Majlis dan warga kerja MPHS.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00852052