PROGRAM “JOM BACA BERSAMA 10 MINIT”
23 April 2026, Kuala Kubu Bharu – Warga kerja Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menyertai Program “Jom Baca Bersama 10 Minit” anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
Program ini dilaksanakan secara serentak di seluruh Negeri Selangor bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi sebagai simbolik sokongan terhadap usaha membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Penyertaan yang ditunjukkan mencerminkan komitmen positif dalam menyokong inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk memupuk budaya membaca dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan ilmu.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















