Program Jom Bersih Hulu Selangor di Pejabat Utama MPHS

Program Jom Bersih Hulu Selangor @ Pejabat Utama MPHS Galak Amalan Kitar Semula dalam Kalangan Kakitangan MPHS

KUALA KUBU BHARU, 30 Januari 2026 – Program Jom Bersih Hulu Selangor @ Pejabat Utama MPHS siri kedua anjuran Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) telah berjaya mengumpulkan sebanyak 567.51 kilogram bahan kitar semula, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) terhadap amalan kelestarian dalam kehidupan seharian.

Jumlah kutipan tersebut merangkumi 111.55 kilogram minyak masak terpakai, 19 unit sisa elektronik seberat 21.5 kilogram, 422.86 kilogram kertas dan kotak, serta 11.6 kilogram botol plastik. Pencapaian ini jelas mencerminkan keberkesanan pelaksanaan program dalam mengurangkan jumlah sisa yang berakhir di tapak pelupusan.

Program yang disertai kakitangan daripada pelbagai jabatan ini bertujuan menggalakkan budaya kitar semula serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar. Inisiatif ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030, khususnya SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan) dan SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab) serta menyokong Pelan Induk Pengurusan Sisa Pepejal Negeri Selangor, yang menekankan pengurangan sisa di punca melalui kitar semula dan ekonomi kitaran.

MPHS komited untuk meneruskan pelaksanaan program seumpama ini secara berterusan bagi memperkukuh budaya kitar semula dalam kalangan warga kerja, seterusnya menyumbang kepada usaha pemeliharaan alam sekitar pada masa hadapan dan pembentukan daerah Hulu Selangor yang bersih, lestari dan berdaya tahan.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#JPSPPA

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Thursday 12 February 2026, 06:24:42.
Total Visitors :
01183841