Program Jom Bersih Hulu Selangor @ SIDINA UCO dan E-waste

PROGRAM JOM BERSIH HULU SELANGOR @ SIDINA UCO & E-WASTE KOLEJ KOMUNITI HULU SELANGOR RAIH 427KG MINYAK MASAK TERPAKAI DAN 15 UNIT (61.5 KG) E-WASTE

BATANG KALI, 5 Oktober 2025 – Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom) JPSPPA, MPHS telah berjaya mengumpul sebanyak 427 kilogram minyak masak terpakai dan 15 unit bersamaan dengan 61.5kg sisa elektronik sempena Program Jom Bersih Hulu Selangor @ SIDINA UCO dan E-waste yang bertempat di Kolej Komuniti Hulu Selangor.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kolej dan masyarakat setempat, sekali gus menunjukkan tahap kesedaran yang semakin meningkat terhadap kepentingan pengurusan sisa secara lestari yang turut menyumbang kepada pengurangan gas karbon dioksida daripada dibebaskan ke atmosfera.

Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah menyokong dasar negara ke arah ekonomi kitaran dan menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan), SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab) serta SDG 13 (Tindakan Terhadap Perubahan Iklim).

Dengan mengitar semula minyak masak terpakai dan e-waste, kita dapat mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar, memupuk sifat pengurusan sisa secara bertanggungjawab serta mengurangkan pencemaran. MPHS berharap usaha sebegini dapat diteruskan secara berterusan bagi menggalakkan masyarakat untuk lebih bertanggungjawab dalam menguruskan sisa sekaligus menjadikan Hulu Selangor sebuah daerah yang bersih, sejahtera dan mampan

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#JPSPPA

#KesKom

#JomBersihHuluSelangor

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms portal new

  • Latest Update : Tuesday 07 October 2025, 07:35:57.
Total Visitors :
01085005