Program Jom Sihat bertemakan "Minda Sihat, Kakitangan Sejahtera"

PROGRAM JOM SIHAT KAKITANGAN MPHS 2025.

MPHS, 16 Ogos 2025, Sabtu. Program Jom Sihat yang bertemakan "Minda Sihat, Kakitangan Sejahtera" telah diadakan di Taman Tasik Milenium Kuala Kubu Bharu bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental melalui gaya hidup yang sihat dikalangan kakitangan MPHS.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti senamrobik (zumba), berjalan (briskwalk) dan aktiviti riadah ringan. Turut hadir Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Ahli Majlis, Pengarah Jabatan, Ketua Bahagian/ Unit MPHS. Seramai 150 orang kakitangan telah terlibat dalam program tersebut.

Didalam program ini juga pihak MPHS turut mengadakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada 4 Badan Pengurusan Bersama (JMB), 2 Badan Pengurusan (MC), 4 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang telah disempurnakan oleh Puan YDP bersempena bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-68 pada tanggal 31 Ogos ini.

#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Wednesday 07 January 2026, 04:07:55.
Total Visitors :
01147899