Program Jom Sihat

Kuala Kubu Bharu,22 Oktober 2024- Program Jom Sihat telah diadakan untuk kakitangan MPHS dengan pelbagai pengisian pemeriksaan kesihatan telah berlangsung di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu.

Antara pengisian pemeriksaan kesihatan yang disediakan seperti bacaan tekanan darah, bacaan paras gula, bacaan jantung, bacaan tinggi/ berat/ BMI, bacaan kolesterol dan bacaan asid urik dengan kerjasama Farmasi Alpro cawangan Kuala Kubu Bharu.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM),MPHS selaku urus setia telah mengadakan program ini bagi memastikan semua kakitangan MPHS dapat mengemaskini rekod kesihatan di dalam Sistem HRMIS masing-masing.

Kakitangan MPHS hadir membuat pemeriksaan tersebut dan turut disertai oleh Pengarah jabatan,Ketua jabatan dan Ketua bahagian MPHS.

#MPHS2024

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarPalingMampan

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01203281