Serendah, 20 Jun 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah bersama-sama menjayakan Program Local Business Connect @ Hulu Selangor anjuran Invest Selangor Berhad di Dewan Komuniti Serendah.
Program yang dirasmikan oleh Y.B. Tuan Ng Sze Han, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor ini menjadi platform strategik yang menghubungkan usahawan dan PMKS tempatan dengan pemain industri serta pelabur bagi meneroka peluang perniagaan, pembekalan dan kerjasama strategik.
Turut hadir ialah Ybrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, YBhg. Tuan Shaiful Rizza bin Hj. Piamin, Penolong Setiausaha merangkap Pengarah Jabatan Perbendaharaan MPHS, serta Ahli-ahli Majlis MPHS.
Dalam program ini, Jabatan Perancang Bandar MPHS turut membuka kaunter bagi mendapatkan maklum balas berkaitan tahap kebahagiaan penduduk Hulu Selangor serta berkongsi maklumat mengenai Jawatankuasa Pengurusan Taman Perusahaan (IPMC) kepada syarikat industri dan pelabur yang beroperasi di daerah ini.
MPHS berharap program seperti ini dapat membantu usahawan tempatan memperluaskan jaringan perniagaan dan merebut peluang kerjasama dengan sektor industri. Pada masa yang sama, penduduk Hulu Selangor khususnya pencari kerja diharap dapat memanfaatkan peluang yang disediakan bagi meneroka kerjaya dan meningkatkan taraf hidup melalui peluang pekerjaan yang ditawarkan.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















