Program Penyusunan Semula Tapak Penjaja Pasar Pagi Taman Seri, Batang Kali

 PROGRAM PENYUSUNAN SEMULA TAPAK PENJAJA PASAR PAGI TAMAN SERI, BATANG KALI

Batang Kali, 22 September 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melalui Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan telah menganjurkan Program Penyusunan Semula Tapak Penjaja Pasar Pagi Taman Seri, Batang Kali yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Batang Kali.

Program ini melibatkan seramai 72 orang penjaja terdiri daripada pelbagai kategori jualan hasil daripada bancian yang telah dijalankan. Inisiatif penyusunan semula ini bertujuan memastikan penggunaan ruang niaga yang lebih tersusun, selamat, bersih dan mesra pelanggan, di samping meningkatkan kecekapan operasi jualan.

Selain itu, program ini juga memberi penekanan kepada aspek tanggungjawab penjaja, kesedaran kebersihan serta peluang sokongan keusahawanan yang berpotensi memperkasakan ekonomi tempatan di kawasan Hulu Selangor.

Sepanjang sesi berlangsung, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan telah menyampaikan taklimat informatif mengenai kepentingan pendaftaran perniagaan secara sah, penjagaan kawasan perniagaan serta aspek keselamatan di tapak pasar.

Program ini bukan sahaja menjadi wadah mempertemukan pihak berkuasa tempatan dan penjaja, malah membuka ruang pertukaran idea, cadangan dan kerjasama ke arah penambahbaikan. Melalui sinergi ini, MPHS optimis bahawa ekonomi setempat akan terus berkembang dengan lebih mampan dan inklusif.

 

 

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms portal new

  • Latest Update : Tuesday 07 October 2025, 07:35:57.
Total Visitors :
01085253