Program Sambutan Hari Wanita 2025 Peringkat Majlis Perbandaran Hulu Selangor anjuran bersama Anulae Cawangan MPHS & Kelab Sukan dan Kebajikan MPHS

PROGRAM SAMBUTAN HARI WANITA 2025 PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR.

Kuala Kubu Bharu, 6 Mac 2025

Sambutan Hari Wanita 2025 Peringkat Majlis Perbandaran Hulu Selangor anjuran bersama Anulae Cawangan MPHS & Kelab Sukan dan Kebajikan MPHS telah diadakan di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bahru.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua MPHS.

Turut hadir bersama Encik Khairul Anuar bin Khalid, Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan MPHS, Encik Mohd Yusuf Saidina bin Abu Bakar, Pengerusi Anulae Cawangan MPHS, Ahli-Ahli Majlis MPHS, Ketua Bahagian dan kakitangan Wanita MPHS.

Sambutan ini bertujuan untuk menghargai peranan ahli wanita serta mengiktiraf sumbangan mereka dalam pembangunan MPHS, di samping mengeratkan hubungan antara kakitangan wanita MPHS daripada pelbagai jabatan.

Dalam program ini, turut diadakan Kursus Membina Persona Diri (Penampilan Berkarisma) yang disampaikan oleh Puan Siti Mizalwa Idris.

Sambutan Hari Wanita Sedunia disambut pada 8 Mac setiap tahun. Sambutan Hari Wanita 2025 bertemakan "Wanita Beraspirasi Membina Legasi".

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01203254