Program Sarapan Pagi Percuma Tabung Endowmen MPHS

PROGRAM SARAPAN PAGI PERCUMA TABUNG ENDOWMEN MPHS

18 September 2026,Pada minggu ini, Team Endowmen MPHS telah meneruskan pelaksanaan Program Sarapan Pagi Percuma dengan mengunjungi beberapa sekolah di sekitar Hulu Selangor bagi menyampaikan sarapan pagi kepada para pelajar dan penerima.

Sekolah yang terlibat pada minggu ini ialah:

* Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Kalumpang
* PDK Bukit Beruntung
* Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung (2)
* Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1)
* Sekolah Rendah Agama Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung

Sebanyak 2,286 pek sarapan pagi telah berjaya diedarkan sepanjang minggu ini.

Turut hadir bersama-sama Team Endowmen MPHS ialah Tn. A. Durai Anbalagan a/l Ayya Kanama, Ahli Majlis MPHS Zon 4, yang turut bersama menyampaikan pek sarapan pagi percuma kepada para penerima.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Tabung Endowmen MPHS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang Tabung Endowmen MPHS. Sumbangan yang diberikan amat bermakna dalam memastikan program-program kebajikan dan kemasyarakatan seperti ini dapat diteruskan serta memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat yang memerlukan.

Orang ramai, syarikat swasta, badan korporat dan mana-mana pihak yang berhasrat untuk bersama-sama menyokong usaha kebajikan ini adalah dialu-alukan untuk menyumbang kepada Tabung Endowmen MPHS.

Setiap sumbangan, tanpa mengira nilainya, mampu memberi manfaat dan membawa perubahan kepada komuniti Hulu Selangor.

Sumbangan Hari Ini, Manfaat Untuk Hari Esok.
 
 

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Wednesday 30 September 2026, 09:32:53.
Total Visitors :
01378244