Program Ziarah Mesra Majlis Perbandaran Hulu Selangor ke Rumah Kanak-Kanak-Kanak Mini Selangor, Bukit Beruntung

PROGRAM ZIARAH MESRA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR KE RUMAH KANAK-KANAK-KANAK MINI SELANGOR, BUKIT BERUNTUNG

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan lawatan mesra ke Rumah Kanak-Kanak Mini Selangor, Bukit Beruntung, bagi menziarahi dan menyantuni anak-anak di sana.

Dalam lawatan ini, Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin turut menyampaikan sumbangan keperluan asas bagi membantu kesejahteraan mereka. 

Antara sumbangan yang diberikan:

  • 10 unit Katil Mudah Alih Kanak-Kanak
  •  Susu Dupro
  •  100 unit Biskut Bayi Milna
  •  30 pasang Baju Raya Kanak-Kanak
  •  Pencuci Botol Susu

Sumbangan bernilai RM5,000 ini diharap dapat meringankan beban serta membawa kegembiraan kepada anak-anak, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

Turut hadir, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat, Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin bersama kakitangan jabatan.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Thursday 27 March 2025, 01:01:14.
Total Visitors :
00962704