Projek Perintis MPHS Melalui Transformasi Digital

PROJEK PERINTIS MPHS MELALUI TRANSFORMASI DIGITAL
Bukit Beruntung, 22 November 2026 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bersama IKRAM Engineering Services Sdn. Bhd. berjaya menyelesaikan masalah tanah runtuh di Pangsapuri Kenanga, Bukit Beruntung menerusi pelaksanaan projek pembaikan cerun yang mengutamakan aspek keselamatan dan kesejahteraan penduduk.
Projek ini turut mencatat sejarah sebagai projek perintis MPHS yang mengintegrasikan teknologi digital secara menyeluruh menerusi Building Information Modeling (BIM), Geographic Information System (GIS) dan Digital Twin.
Lebih membanggakan, projek ini berjaya menyempurnakan 9 in 1 Project Deliverables, termasuk penyiapan projek lebih awal daripada tempoh kontrak, penjimatan kos, sifar kecacatan utama, sifar kecederaan hilang masa kerja serta penyediaan model Digital Twin pada tahap LOD 500.
Model digital tersebut turut diserahkan kepada MPHS sebagai pangkalan maklumat bagi membantu pemantauan, pengurusan aset dan penyelenggaraan infrastruktur pada masa hadapan.
Menurut Yang Dipertua MPHS, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, penyiapan projek ini bukan sekadar pencapaian kejuruteraan, malah merupakan usaha penting dalam memulihkan kawasan yang pernah terjejas akibat kejadian tanah runtuh serta meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan penduduk.
Beliau turut mengingatkan bahawa pemantauan dan penyelenggaraan cerun serta sistem saliran perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan keselamatan kawasan kediaman sentiasa terpelihara.
Inisiatif ini selari dengan aspirasi Selangor Digital Future Action Plan (DxF) 2026–2030 ke arah merealisasikan Negeri Pintar menjelang tahun 2030.
Kejayaan ini membuktikan komitmen MPHS dalam menerapkan teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan pengurusan projek, memperkukuh keselamatan infrastruktur dan memacu pembangunan Hulu Selangor yang lebih mampan.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Wednesday 25 November 2026, 00:00:00.
Total Visitors :
01419486