Pusat Latihan Pertanian Kalumpang

Pihak Jabatan Perancang Bandar MPHS telah dijemput untuk memberi syarahan kepada perserta Kursus Projek Pembangunan Agropelancongan anjuran Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Peserta kursus adalah terdiri dari pegawai Jabatan Pertanian serta peserta awam dari seluruh Negeri Selangor.

#DaripadaAndaUntukAnda

#PerancanganMampanUntukSemua

#ProgramP3S

Syarahan bertajuk Program Pemurnian Pelancongan Negeri Selangor (P3S) : Kategori Premis Pelancongan Inap Dusun telah disampaikan oleh En Mohd Hazhman Bin Haron, Pen. Pegawai Perancangan Bandar dan Desa mewakili Pengarah Perancang MPHS. Matlamat syarahan adalah bagi memaklumkan program P3S yang sedang dijalankan oleh pihak MPHS serta keperluan teknikal yang perlu dipatuhi bagi pengusaha yang bercadang untuk membangunkan Inap Dusun.

Pihak Jabatan Perancang Bandar, MPHS mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri Selangor atas peluang dan ruang yang diberikan bagi berkongsi maklumat berkaitan program P3S.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00851791