Sambutan Hari Inovasi Peringkat Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2024

Sambutan Hari Inovasi Peringkat Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2024 telah diadakan pada 20 Jun 2024 bertempat di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu. Sebanyak 24 penyertaan dari pelbagai Jabatan MPHS telah dipertandingkan pada tahun ini.

Sesi penilaian dijalankan oleh tiga orang panel penilai iaitu, Pn Nurmala binti Saaman, En Tc. Norhisham bin Mamat@Zakaria daripada SUK Selangor dan Pn Dayang Noor Asmara Abang Othman daripada Kolej Komuniti Hulu Selangor.

Hadiah pemenang daripada tempat pertama hingga Kesepuluh akan menerima Wang Tunai serta sijil penyertaan manakala tempat kesebelas dan seterusnya akan menerima sijil penyertaan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang bertanding pada tahun ini.

MPHS sentiasa menggalakkan warga kerja untuk bergiat aktif dalam penciptaan inovasi sebagai satu solusi dan penambahbaikkan dalam proses kerja seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

#DaripadaAndaUntukAnda

#majuperkasahasilsemua

#setahunperbandaran

#huluselangorbandarrendahkarbon

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00851791