Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN Ke-68 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

30 Ogos, Shah Alam - Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Dataran Shah Alam malam tadi. YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor turut melaungkan Merdeka bagi menandakan kemuncak Sambutan Hari Kebangsaan ke 68.

Turut hadir, YB Dato' Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pegawai - Pegawai Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Jabatan Agensi Persekutuan dan Negeri.

YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Puan Dewi Dirwana Munasir, Setiausaha MPHS bersama YAD Raja Dato' Muzaffar Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor turut hadir mewakili MPHS serta memberi sokongan kepada Kontinjen MPHS yang turut mengambil bahagian dalam acara perbarisan bersama 80 kontinjen yang lain.

Antara menarik adalah Persembahan Tarian Kebudayaan, pertunjukan bunga api, pertunjukan laser dan persembahan artis tempatan. Turut menyampaikan Anugerah Tokoh Kemerdekaan Negeri Selangor tahun 2025 kepada Laksamana Muda Dato' Anuar bin Haji Alias.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Thursday 04 September 2025, 04:28:39.
Total Visitors :
01064530

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015