Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026

SAMBUTAN HARI KESELAMATAN PESAKIT SEDUNIA 2026

18 September 2026 | Hospital Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
HULU SELANGOR, 18 September 2026 – Hospital Kuala Kubu Bharu telah menganjurkan Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026 sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran serta komitmen terhadap aspek keselamatan dan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.
Majlis ini turut dihadiri oleh Dr. Lydia, Pemangku Pengarah Hospital Kuala Kubu Bharu, Puan Julaiha binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Encik Eng Teck Ming Ahli Majlis MPHS yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelawat Hospital Kuala Kubu Bharu.
Sebagai tanda sokongan terhadap usaha pihak hospital dalam memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada komuniti, Puan Yang Dipertua MPHS telah menyampaikan sumbangan kepada Hospital Kuala Kubu Bharu yang terdiri daripada:
1 unit TV 55 inci
2 unit khemah berukuran 15 kaki x 10 kaki
Sumbangan ini diharapkan dapat membantu melancarkan urusan pengurusan dan aktiviti pihak hospital, di samping menyokong usaha berterusan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan terbaik kepada penduduk Hulu Selangor.
Kerjasama antara MPHS dan Hospital Kuala Kubu Bharu ini mencerminkan komitmen bersama agensi kerajaan dalam memperkukuhkan jaringan perkhidmatan awam serta mengutamakan kesejahteraan, keselamatan dan keperluan komuniti setempat.
Semoga kerjasama strategik antara kedua-dua pihak akan terus diperkukuhkan demi manfaat masyarakat dan kesejahteraan penduduk Hulu Selangor.

 

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Wednesday 30 September 2026, 09:32:53.
Total Visitors :
01378240