Sambutan Vinayagar Sathurthi, Kuil Sri Sithi Vinayagar KKB

Sambutan Vinayagar Sathurthi, Kuil Sri Sithi Vinayagar KKB

Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menghadiri jemputan ke Kuil Sri Sithi Vinayagar, Kuala Kubu Bharu sempena sambutan Vinayagar Sathurthi pada 27 Ogos 2025 (Rabu).

Kehadiran Puan Yang Dipertua adalah untuk meraikan jemputan masyarakat setempat, menghormati penganut Hindu serta menyaksikan adat dan tradisi sambutan Vinayagar Sathurthi. Dalam majlis tersebut, Puan Yang Dipertua telah diberikan penghormatan dengan kalungan bunga dan kain “pattu angavastram” oleh pihak kuil.

Kehadiran Puan Yang Dipertua telah disambut dengan penuh mesra, malah Pihak Kuil dan para penganut turut gembira serta berbesar hati menerima beliau dalam sambutan tersebut.

Turut hadir sama, Ahli-Ahli Majlis MPHS serta Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPHS.

Majlis ini mencerminkan semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan masyarakat berbilang kaum di Hulu Selangor.

MPHS merakamkan ucapan Selamat Menyambut Vinayagar Sathurthi kepada semua penganut Hindu yang meraikan.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Thursday 04 September 2025, 04:28:39.
Total Visitors :
01064530

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015