Sarapan Percuma untuk pelajar-pelajar sekolah di Hulu Selangor

Sarapan Percuma Untuk pelajar-Pelajar Sekolah di hulu Selangor

Hulu Selangor, 23 Ogos 2024. Pada minggu ini Tabung endowmen MPHS telah mengunjungi 3 buah sekolah lagi iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Keledang, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Lima Belas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor bagi mengedarkan sarapan percuma buat para pelajar.

Program sarapan percuma pada minggu ini diedarkan sendiri oleh Yang Berbahagia Puan Julaihah Binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Tuan Awaluddin Bin Zakaria, Setiausha MPHS, dan En. Shaiful Rizza Bin Hj Piamin , Timbalan Setiausaha MPHS. Program turut sama dijayakan oleh Encik Law Say Hin, Ahli Majlis Zon 12, MPHS dan Encik Chinniah a/l Subramaniam, Ahli Majlis Zon 13, MPHS.

Sehingga hari ini Team endowmen MPHS telah berjaya menyampaikan manfaat Tabung Endowmen MPHS berbentuk sarapan percuma kepada 31 buah sekolah di Hulu Selangor dan secara konsisten pada setiap minggu Endowmen MPHS komited untuk menyampaikan manfaat ini kepada pelajar-pelajar sekolah hulu Selangor dengan dasar perjuangan matlamat pembangunan Mampan SDG 1 ( Sifar Kemiskinan ) , SDG2 ( Sifar kelaparan ) dan SDG 4 ( Pendidikan Berkualiti )

MPHS mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang terus menyuburkan Tabung Endowmen MPHS dan menyeru kepada masyarakat hulu selangor untuk terus menyumbang bagi menjadikan daerah yang tercinta ini mencapai kelestarian dan kemampanan seperti yang kita idamkan

#Jomsumbang

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#transformasikomunitiperbandaranharmoni

#sustainabledevelopmentgoals

#MPHSGO

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 30 August 2024, 09:20:17.
Total Visitors :
00831333